07 October, 2011

PENGENALAN

Saya mengenali ‘analisa cap jari’ melalui peluang/secara tak langsung daripada seorang pakar. Pada mulanya saya mentelaah lampiran hasil analisa cap jari contoh yang ditunjukkan kepada saya, apabila saya meneliti laporan tersebut, saya tidak dapat merangsang otak untuk mencuba kaedah ini. Tetapi setelah pulang ke rumah, apa yang bermain di fikiran saya ialah perkataan bakat terpendam/ bakat yang lahir secara semulajadi. Ini yang menjadi tandatanya saya semenjak saya kecil...adakah kita benar-benar mempunyai bakat..ataupun ianya timbul setelah diasah oleh minat?
 
Punyai minat tanpa bakat, mampukah seseorang itu berjaya? atau syarat untuk menempa kejayaan adalah perlu mempunyai bakat serta didorong oleh minat? Adakah faktor yang sangat releven dengan sikap iaitu ‘hangat-hangat tahi ayam’ berpunca dengan adanya keinginan yang mendalam pada awalnya, namun kurang berpotensi dalam perlaksanaan kerana bakat atau keupayaannya yang tidak terserlah dalam bidang tersebut menyebabkan lama-kelamaan dia mudah merasa tertekan dan berasa sukar untuk meneruskan pekerjaan tersebut. Inilah pertikaian yang sering menjadi isu kepada pelbagai peringkat individu samada di kalangan kanak-kanak, pelajar, mahupun yang telah melangkah ke alam dewasa. 

 Inilah yang menjadi titik permulaan kepada pencarian terhadap persoalan apakah bakat / kebolehan yang telah dikurniakan kepada saya oleh Allah sejak azali boleh diketahui seawal bayi? Bagi saya mengapa tidak, kerana jika adanya ilmu untuk mengkaji tentang diri adalah wajib untuk manusia mengetahui tentang ia. Malah, ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam menentukan hala tuju matlamat hidup seseorang. 
  
Hidup dengan mempunyai matlamat menjadikan manusia sentiasa bersemangat, bersyukur, fokus, kental, bermuhasabah dan banyak lagi sikap positif yang akan ditonjolkan. Dengan mengetahui potensi bakat, kemahiran dan gaya berfikir, seorang pelajar tidak perlu menempuh kehidupan yang penuh dengan tandatanya seperti aliran apa yang perlu diambil (sains/sastera/akaun dsb.) sebaliknya dengan yakin dapat menentukan bidang yang sangat ingin diceburinya.

 Lihat sahaja semasa anak-anak/pelajar yang baru bersekolah, apabila ditanya guru apakah cita-cita kamu, lantas sahaja murid-murid menjawab doktor, guru, polis, dan yang popularnya kini ingin menjadi seorang angkasawan. Bagus! semua itu adalah cita-cita yang murni. Namum, saban tahun cita-citanya turut bertukar mengikut pengamatan mata kasarnya terhadap bidang yang paling disukainya ketika itu. Yang jelas, semakin meningkat usia pelajar, semakin pudar semangat mereka untuk mengekspresikan apakah cita-cita yang benar-benar di impikan olehnya. Seolah-olah mereka tiada matlamat yang jelas, di tambah pula dengan persekitaran yang kurang menggalakkan. Kelak, sampai ada yang semakin tidak tahu mahu menjadi siapa/apa bila dewasa nanti. Maka disitulah mulanya bibit-bibit keciciran dalam pelajaran, sindrom balajar ala kadar, dan yang menyedihkan lagi ada yang sudah tidak minat untuk belajar lagi walaupun usia baru setahun jagung.

 Bukankah ini akan menjadi kerugian yang dahsyat bukan sahaja kepada individu tersebut, malah kepada ibubapa yang bertungkus lumus bekerja selama belasan tahun untuk menyara pelajaran anak, akhirnya mengigit jari melihat keputusan anak yang tidak memberangsangkan . Tiada matlamat diri bermula dari lemahnya sistem percaya diri serta kekurangan rangsangan otak terhadap kebolehan diri. Sedangkan Allah melalui sifat kasih-sayangNya, telah memberikan setiap makhluknya kebolehan dan kecerdasan yang berbeza –beza untuk diguna pakai sebagai khalifah. Seharusnya anak bangsa dipupuk dari kecil agar yakin pada kebolehan dan kecerdasan diri, mempunyai jati diri yang kukuh, bermatlamat jelas, berakhlak mulia serta berusaha habis-habisan demi mencapai cita-cita murni yang diimpikan. Barulah anak-anak ini akan duduk sama rendah, berdiri gah dan berketrampilan serperti seorang Ilmuan Islam yang diredhaiNya.

Melalui analisa cap jari, hasil penilaian terhadap dominan otak kanan atau kiri, sensitiviti pembelajaran, cara belajar paling efektif dan efisien serta keupayaan mengenali potensi skill serta karekter dapat dikenalpasti. Impak positif daripada kaedah ini bukan sahaja relevan kepada golongan pelajar dan remaja, malahan terhadap ibu bapa, tenaga pendidik, para majikan, golongan berkerjaya, pasangan yang ingin ke gerbang perkahwinan mahupun yang sudah berumah tangga serta warga emas.Ia juga dapat memberi manfaat terhadap sosio-ekonomi negara.

Selamat mencuba mengenali diri semulajadi anda dan yang tersayang..!

PERKHIDMATAN

Apa yang ingin di perkenalkan oleh AR Enrich Talent Discovery merupakan khidmat mengenalpasti kecenderungan kemahiran, perwatakan serta kecerdasan yang telah wujud dalam diri individu melalui unsur genetik.

Kaedah analisis saintifik berasaskan gabungan diantara teknologi (sistem analisa cap jari) dan ilmu sains dermatoglifik, iaitu ilmu yang mempelajari pola cap jari, diaplikasikan bagi menterjemahkan kepelbagaian potensi bakat, kemahiran dan perwatakan seseorang individu. Kajian menunjukkan pembentukan pola cap jari manusia menggambarkan fungsi bahagian otak. Dengan menganalisa cap jari, kecenderungan semulajadi individu yang termaktub di dalam otak dapat diketahui.

Bakat adalah kemampuan yang wujud dalam diri seseorang, di bawa sejak lahir dan berkaitan dengan struktur otak, Prof. Dr. Conny Semiawan. Bakat memiliki sifat yang unik, bermaksud setiap orang dilahirkan dengan bakat yang berbeza-beza.

Ada 2 paradigma dalam mengembangkan bakat:
  1. Fokus mengembangkan bakat yang terserlah
  2. Fokus mengatasi bakat yang lemah

Tips Pengembangan Bakat:


Terdapat cara untuk mengenali bakat:-

PERTAMA : Melalui pengalaman iaitu mencuba hal tertentu kemudian mengalami
                    banyak kemajuan.
KEDUA    : Mengikuti ujian bakat (yang ditawarkan oleh AR Enrich Talent Discovery)
KETIGA   : Menggabungkan pengalaman dan hasil ujian bakat.


Kecerdasan dapat dilihat sebagai bakat yang memungkinkan seseorang menguasai kemampuan tertentu di atas berbagai ketrampilan. Kecerdasan adalah sebenarnya kemampuan untuk menerima situasi baru serta kemampuan untuk belajar dari pengalaman masa lalu. Sesungguhnya anda jauh lebih cerdas dari yang anda sedari. Setiap manusia normal dapat mengembangkan pelbagai jenis kemampuan kecerdasan hingga ke tingkat penguaasaan yang lebih tinggi.

Melalui analisa yang dijalankan, terdapat lapan kategori potensi/kecenderungan akan terhasil iaitu :-
  1. Kecenderungan berfikir berdasarkan belahan otak.
  2. Tindakbalas seseorang di atas pengajaran.
  3. Respon seseorang diatas suatu tujuan, tugas dan tindakan.
  4. Kecenderungan Gaya Belajar yang Paling Optima.
  5. Kecenderungan Ketrampilan Diri.
  6. Kecenderungan Karakter Keperibadian.
  7. Kecenderungan Bidang Keahlian yang Berpotensi untuk dikembangkan.
  8. Kecenderungan Kepelbagain Potensi Kecerdasan.
8 Potensi Kecerdasan Bakat adalah:
Linguistik, logik matematik, Intrapersonal, Naturalis, Muzikal, Body-Kinestatik, Visual-Spasial dan Interpersonal.

Disamping itu, anda boleh mengetahui tentang faktor yang dapat meningkatkan motivasi diri anda.

Hasil analisa cap jari akan disertai dengan penjelasan mengenai maksud interpretasi dan cadangan – cadangan untuk dijadikan salah satu panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan anda.



 
Hasil analisa yang terkandung di dalam buku anda merupakan data yang menunjukkan bakat semulajadi (faktor natural). Oleh itu, hasil ujian ini wajar disusuli dengan memberi rangsangan yang tepat supaya ia dapat berkembang menuju ke arah kejayaan.

Proses analisa cap jari dilakukan secara berperingkat seperti berikut;-


 
Kaedah ini dipantau oleh Panel Syariah bertauliah dan diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan mendapat kerjasama dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 

11 September, 2011

Kenali Diri Anda dan Yang Anda Kenali


Salam Syawal & Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.

Saya ingin melebarkan salam perkenalan buat anda semua yang saya hormati.

Di blog ini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai khidmat yang saya sediakan iaitu menterjemahkan potensi diri dan bakat yang ada sejak lahir, melalui penggunaan teknologi sains yang telah terbukti kesahihannya oleh para saintis dan ahli psikologi di seluruh dunia berdasarkan ilmu dermatoglipik. Ikuti ulasan ini selanjutnya..


 
Manusia merupakan suatu ciptaan hebat Allah SWT yang penuh dengan keilmuan, kebijaksanaan dan kerahsiaan. Pelbagai kajian dijalankan bagi mengenal dan mempelajari subjek manusia dengan lebih mendalam. Setiap manusia diberikan dua tangan, pada jari jemari tangan manusia dipercayai dan telah dibukti memiliki makna dan gambaran personaliti yang tersendiri.
Cap jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.

Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil daripada genetik keturunannya. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa bagi merungkai rahsia diri seseorang.

Barasakan Kajian Sains Dermatoglifik

Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik.

Sains dermatoglifik ialah ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.
Dermatoglifik merumuskan terdapat tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya.



Setiap Cap Jari Bersifat Unik dan Kekal

  • Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu            pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk  sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.
  • Cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak.



 
Tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya. Malahan perkhidmatan ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan oleh AR Enrich Talent Discovery yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya melalui:

talian: 03 2021 1253/ 017 3665 806
e-mail: fazillahannaalwi@gmail.com